So basically, macam yang kita tahu, kulit muka kita ni terbahagi kepada beberapa jenis iaitu oily skin, sensitive skin, dry skin, combination skin and banyak lagi lah! so untuk menjaga kulit muka kita, firstly kita kena pastikan dulu kulit muka kita ni jenis apa. Berminyak ke kering ke sensitive ke apa. Second, bila beli produk pastikan produk tu mengikut jenis kulit muka kita lah okay? Kalau yang jenis kulit berminyak tu, janganlah pulak ambik produk yang menyelesaikan masalah kulit kering. Ada fahammmmmm? Hehe !!
Okay, di sini saya akan mereview atau bgitahu korang lah pasal skincare yang pernah saya pakai dan guna selama 20 Tahun saya hidup ni. Alhamdulillah, kulit muka saya bukan jenis yang berjerawat tapi kalau salah makan tu boleh tahan laa dia naik meradang kt muka ni haih.. Oh ya, saya bukan pengguna produk produk yang mahal sebab kebanyakannya saya dah try, tak sesuai dengan kulit muka saya ni. Produk yang jual kt pasar raya/ watsons/guardian jugalah yang sesuai dengan kulit saya ni hehe. So tanpa berlengah lagi, lets start!!
1. Garnier Light Complete - Sangat sesuai untuk orang yang kulit muka berminyak, kering mengelupas dan untuk sesiapa yang nak cerahkan wajah pun boleh guna garnier light complete ni. Been used for more than 7 years and takpernah merosakkan kulit muka sehingga sekarang. Jerawat pun segan silu nak tumbuh sebab maluu hahahaa and the last one, bau diaaa wangiii okay! Bau lemon and takleh nak describe bau dia, Sangat bestttt and highly recommended!
3. Garnier Sakura White - okay berdasarkan pemerhatian saya yang pernah pakai laa kan, this kind of product untuk sesiapa yang kulit muka dia memang flawless takda jerawat or tiada masalah apa apa boleh pakai yang ni sebab lepas pakai product ni kan, kulit muka korang akan rasa sangatttt lembut sangat licin rasa macam mana eh best sangat !! Bau dia pun Wangi bau bunga bunga gitu. Sesuai utk orang yang nak cerahkan kulit muka jugak since dia tulis kat situ untuk tampak cerah dan nak bagi warna kulit korang sekata balik utk sesapa yang burn muka belang belang tu hihih
4. Garnier Pure Active Fruit Energy- Pernah try pakai yang ni jugak kalau garnier warna biru tu takda jual ke apa saya akan ambik yang ni sebab dia sangat membantu menghilangkan,mengecutkan jerawat korang jugak. Best pakai yang ni, kulit rasa lembut jaa. sangat deep clean rasa macam bersih sangat muka lepas pakai ni. Pastu sesuai jugak untuk sesiapa yang nak cerahkan kulit muka gituuuu. And highly recommend jugak for those yang kulit muka dia rasa kering je muka pucat ke kusam ke boleh pakai. Rasa fresh je bila pakai tauu. Dahla bau dia Wangi, bau buah oren gitu. :)
5. Garnier Micellar Cleansing Water - okay this thing ialah benda wajib okay untuk kaum hawa untuk bawa bersama kalian bila keluar. Untuk apa? Untuk cuci makeup, foundation segala bagai dekat muka korang tu sebelum ambik wuduk. Kalau kulit muka korang tak bersih, air wuduk tak smpai kulit, solat korang akan jadi tak sah tau! Haih penat je solat tuu ish ish. So, gunakanlah garnier micellar cleansing water ni untuk menanggalkan makeup anda. Dia ada dua warna tau, satu warna pink and satu warna biru. Untuk warna pink sesuai untuk orang yang kulit muka dia sensitive while yang biru untuk kalian yang kulit muka berjerawat dan berminyak. Kalau takde masalah apa apa, nak pakai yang mana? Jawapannya boleh pilih yang mana mana jelah dah korang punya muka okey kan hahahah. Serious weh time cuci makeup guna benda ni, semua benda boleh tanggal. Senang! Best pun best tauu. Try lah. Harga pun tak mahal sgt. :P
Okey tu saja untuk harini. Saya review produk Garnier dulu sebab memang dari tingkatan lagi pakai produk ni and memang best sangat. Tak perlu beli produk mahal mahal pun klau yang murah pun berkesan kan so tkyah nak keluar duit mahal mahal lah. Senang pulak tu nak dapat sebab dekat pasar raya biasa pun ada jual kan. Easy to get, cheap price and yang paling penting effective! Saya akan review produk lain pulak nanti ye so stay tuned guys!! Oh ya sebelum tu, mungkin lain orang lain keberkesannya yaa jadi korang boleh try and error smpai korang jumpa produk yang betul betul sesuai untuk kulit muka korang eh? Jangan salahkan saya tau sebab saya cerita pengalaman saya pakai produk ni memang okey la setakat ni hehehe. Alhamdulillah.
For those yang nak tnya apa apa soalan, boleh hit me up dekat social media :
Instagram : @wafaaazaid
Facebook : Wafa Zaid
Email : khairulwafa01@gmail.com
Thank you for reading. Stay tune! <3
